Ahlan Wasahlan :: Selamat Datang :: Welcome

Tambahkan informasi dan berkongsi pengalaman bersama saya di sini.

Thursday, December 10, 2009

Setiap Kesusahan Itu Ujian Begitu Jua Kesenangan

Susah dan senang dalam menjalani kehidupan berlaku apabila adanya perubahan. Perubahan umur, pertambahan amanah, pekerjaan, pelajaran dan sebagainya. Dalam sedar, ianya adalah ujian dariNya. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Mendengar tazkirah dari IKIM.FM tentang bagaimana Nabi Khidir Alaihissalam mengajar Nabi Musa Alaihissalam tentang datangnya kesusahan dahulu sebelum berlakunya kesenangan. Allah tidak memberi kesenangan yang mudah bagi hambaNya yang soleh, perlu ada ujian yang wajib lulus dan diberi kelulusan itu oleh Allah bersama janjiNya. Antara pelajaran oleh Nabi Khidir kepada Nabi Musa ialah apabila mereka bersama menaiki sampan menyeberangi sebatang sungai, sampan itu kepunyaan seorang hamba Allah yang miskin mencari rezeki hanya dengan upah membawa sampan tersebut. Tiba-tiba Nabi Khidir merosakkan sedikit sampan itu, maka terkejutlah Nabi Musa dengan perbuatan Nabi Khidir yang dianggapnya sebagai tidak berperikemanusiaan. Di akhir perjalanan, Nabi Khidir menjelaskan kepada Nabi Musa bahawa di jeti seberang sungai itu ada seorang raja yang zalim, merampas semua sampan-sampan yang elok dan cantik. Maka apabila didapatinya sampan si miskin ini telah rosak, maka dibiarkan sahaja. Bukan ke kerosakan yang sedikit dapat diperbaiki daripada kehilangan terus sampan tadi.

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Maka kesabaran dan ketaqwaan adalah kunci bagi membuka hikmah-hikmah yang telah diatur olehNya.

Wallahualam

Friday, October 16, 2009

BAHAGIA

Bahagia itu akan hanya ada pada hambaNYA yang sering ingat padaNYA, redha dengan ketentuanNYA dan menikmati hidup ini untuk berbakti pada Allah dan makhluk ciptaanNYA.

Dalam sebuah hadis Nabi dikatakan:

"Tidaklah seorang mukmin dilanda kecemasan, kekecewaan dan kesedihan, melainkan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya"

Jika kita berfikiran positif dan bersangka baik pada Allah, nescaya akan diberiNYA dugaan untuk kita belajar menanganinya dengan cara mendekatkan diri kepadaNYA.

Monday, October 12, 2009

OnLy

When I'm down and oh, my soul so weary,
when trouble comes and my heart burdened be,
then I'm still and wait here and silence,
until You come and sit a while with me...

You raise me up so I can stand on mountain,
You raise me up to walk on stormy seas,
I'm strong when I'm on your shoulders,
You raise me up to more than i can be....

Saturday, October 10, 2009

ANUGERAHNYA YANG TIDAK TERNILAI...

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku...

Allah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan, lelaki pasangannya adalah perempuan. Namun sejauh mana kita bersyukur dengan anugerah Allah yang telah menciptakan pasangan kita. Harapan seorang suami kepada seorang isteri adalah menginginkan isterinya itu menjadi wanita yang mulia yang solehah, yang dapat melahirkan anak-anak soleh solehah yang akan menjadi pemimpin bahkan cita-cita terbesar adalah mahu melahirkan zuriat yang dapat menegakkan syiar islam pada masa akan datang. Isteri pula menginginkan seorang suami yang dapat menjalankan amanah dan tanggungjawabnya yang besar kerana apabila sahaja seorang suami melafazkan akad, isteri itu adalah amanah Allah buatmu wahai suami. Binalah rumahtangga yang dihiasi dengan amal ibadah padaNya, Insyaallah isterimu itulah jua bidadarimu di syurga kelak. Rumahtangga yang berlandaskan keimanan, kasih sayang, kesabaran, saling cinta mencintai serta ingat mengingatkan pasti ada rahmahNnya di sana kelak, InsyaAllah. Isteri, jagalah akhlak dan maruahmu kerana engkau adalah maruah kepada suamimu. Isteri yang taat pada Allah, rasul dan suami itulah anugerah paling berharga buat insan bernama suami. Bercita-citalah membawa cintamu wahai suami isteri hingga ke syurga.
Renungan khas buat para isteri dan suami...

Sunday, October 4, 2009

Hidup di dunia ini sekadar persinggahan

Semakin lama kita hidup di dunia ini, semakin banyak ujian dan cabaran dunia yang kita lalui, manis, pahit malah kadang-kadang ia mengundang 1001 perasaan apabila kita berhadapan dengan ujian ini. Umpamanya sebuah pelayaran di tengah lautan, air laut yang tenang tiba-tiba di landa ombak besar dan angin ribut. Penumpang-penumpang berusaha mahu menyelamatkan diri masing-masing, ada antara mereka yang jatuh, malah ada yang teggelam di lautan dalam. Ada pula penumpang yang berjaya berenang ke tepian pantai dan sekali lagi ia berusaha berlayar untuk sampai ke destinasi sebenar. Walaupun mereka tidak tahu apa yang bakal dilalui dalam pelayaran seterusnya samada berjaya atau tidak, mereka tetap teruskan dengan bekalan amal ibadat yang dibawa serta satu niat mahu bertemu Yang Maha Pencipta yakni Allah S. W. T.
Kita sekadar musafir yang singgah di dunia ini buat mencari bekalan untuk di bawa ke destinasi sebenar. Renung-renungkan bersama...

Sunday, September 27, 2009

CINTA

Keberkatan dan keredhaan Allah Taala yang diharapkan melalui amalan fardhu dan mengamalkan juga sunnah Rasulullah, matlamatnya hanya satu iaitu kekal sebagai mukmin berjaya yang menginap kekal abadi di syurga...

Menyintai Allah dan RasulNya merupakan cinta teragung.

Menyayangi keluarga, pasangan, sahabat dan jiran mendapat balasan yang sangat baik.

Terasa bahagia bila dapat menyintai dan dicintai.

Selagi dunia dilengkapi 5 unsur utama iaitu udara, air, tanah, besi dan api cinta akan terus menyemarak ke setiap pelusuk dan dirasai dalam setiap jiwa makhluk yang dijadikan Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang......

Monday, July 13, 2009

Guru Wawasan tetap Berwawasan

Akhirnya perlawanan futsal sempena bulan kecergasan peringkat sekolah sudah berakhir. Guru Wawasan tidak 'berkesempatan' menaiki podium tempat pertama. Guru Wawasan perlukan latihan! Taktikal yang tidak berapa menjadi :)

Tahniah kepada pasukan tingkatan 6 Rendah kerana menjadi Johan dalam pertandingan ini, juga kepada Final Touch yang memberikan saingan sengit pada perlawaanan akhir semalam.

Semoga Allah memberikan kejayaan hakiki di kemudian hari, InsyaAllah.

Sunday, July 12, 2009

al-'aqlu salim ... fi jismun salim ( akal yang sempurna pada tubuh badan yang sihat)

Guru Wawasan - Itulah nama 'team' guru-guru untuk pertandingan futsal sempena bulan kecergasan (Julai) peringkat SMK Dato' Zulkifli Muhammad.

Perlawanan pertama menentang Samba FC (pelajar 4p1) : Guru Wawasan menang 5-0.

Perlawanan kedua menentang Putra Zuhal (5p4) : Guru Wawasan menang lagi 4-0. (1 gol dari saya : main 'try' je)

Untuk Kumpulan A, Guru wawasan menjadi johan.

Peringkat kedua akan diadakan pada hari ini, 13 julai 2009. Yang penting adalah kerjasama dan kesihatan fizikal jua mental. Kemenangan dan hadiah itu hanyalah bonus.

Guru Wawasan : Cikgu Yusuf (High Ranking Manager :: Manager of The Year....to be) + Cikgu Zainal (Asisstant Manager) + Cikgu MOhd Noor + Cikgu Daelami (The Best Keeper-ever) + Abg Raju (The Best Keeper - flying hand) + Cikgu GUnaselan + Cikgu Kumar + Cikgu Izhar (Praktikum UPSI - Sains Sukan) + Cikgu Alwi (top striker) + Cikgu Nasaruddin (all in)

Driver Mabuk Jalan

Tajuk kali ni merujuk pada pengalaman memandu dari Slim River ke Sabak Bernam melalui Behrang Stesen, Felda Gedangsa, Felda Soeharto dan seterusnya ke Kg.Tebuk Jawa. Pergi ke Sabak Bernam semata untuk hantar Udin (adik yg ke-8) ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam (SBPISB). Tingkatan 4.

Lepas saje melapasi kawasan felda, masuk jalan yang dikatakan lembah dalam daerah Sabak Bernam. Kalau hujan lebat, jalan ni ditutup dengan banjir. Kena la ikut jalan jauh melalui Teluk Intan. Jalan lembah ni la yang membuatkan saya berasa mabuk. Sebelum ni bawa Persona jadi takda la terasa sangat sebab kereta tu besar. Kali ni bawa Iswara aeroback....henjutan disebabkan ketidakrataan permukaan jalan tu yang buat saya mabuk. Kadang-kadang timbul rasa geram bila terhentak ke laluan yang ada lubang. Pendek kata, jalan lembah ni memang menguji kesabaran.

Menariknya : Ada 'port' baru untuk makan laksa sekaligus melepaskan lelah :)

Sunday, April 5, 2009

Under 15

Sudah sebulan melatih pelajar 19 orang pelajar tingkatan 3 dan 3 orang pelajar tingkatan 2 untuk pertandingan bola sepak peringkat daerah yang akan diadakan pada 13 dan 14 April 2009 di SMK Sg.Kruit, Sungkai. Perak.

Teringat masa mula-mula menawarkan diri untuk melatih pada Cikgu Yusuf. Niat asal hanya untuk bermain bersama mereka untuk sekadar mengeluarkan peluh. Bila Cikgu Yusuf benarkan dan berharap membantu, saya tak melepaskan peluang ini. Saya berazam untuk beri yang terbaik.

Selasa depan adalah penentuan pelajar yang confirm wakili sekolah seramai 16 orang bermakna 6 orang akan tersingkir.

2 buah sekolah pasukan ini membuat perlawanan persahabatan. Pertama dengan SMKA Slim River, ini kali pertama pasukan saya bermain di padang yang bersaiz perlawanan. Keyakinan sebelum bermain tidak dikekalkan jadi 6-0 pasukan saya dibantai.

Perlawanan Kedua bersama SMK SLim River. Nampak ada peningkatan beberapa pemain mengikut rombakan posisi dan formasi yang saya fikirkan. ALhamdulillah menjadi.

Minggu depan bermulanya latihan yang lebih keras untuk 'The Best 16'.

Thanx to :

Hj.Rosli::Hj.Yusuf:: Pn.Marhamah
Hafiz::Zakuan::Iqbal
Faizal::Fathul::Hazreq
Faiz::Hafizi::Ridzuan
Joel::Pavi::Nasrudin
Hazman::Wardley::Alif
Rozanne::Zulhelmi::Nabil
Anas::Haziq::Ibn Zakaria
Zafifi::Siva::Amirul
Azuan::Fikri ..............................

Dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak.

Tuesday, March 10, 2009

Si Kecil Takutkan Neraka

Ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis,

dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"


Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"


Peringatan ini adalah untuk diri saya dan para pembaca. Si kecil yang masih bersih tetapi takutkan neraka padahal tempatnya di syurga. Bagi diri saya yang sedang meningkat umurnya pelbagai kesalahan dan kesilapan telah dilakukan. Moga Allah menerima taubat beserta kesedaran dari saya.

Sunday, March 1, 2009

Peristiwa 'Ikhtilat' - 28 Feb 09

28 Feb 2009 - Temasya Kejohanan Olahraga Tahunan SMKDZM kali ke-43.


Antara majlis @ program yang tidak dapat dilupakan dan menjadi suatu kenangan yang 'ikhtilat' antara manis dan pahit.


Manisnya ;

* Kerjasama guru dan pelajar 'setup' majlis sebelum bermulanya majlis.

* Pelajar dan guru datang dengan muka yang manis2.

* Perjalanan majlis perasmian lancar dan tidak timbul perkara yang tidak diingini berlaku.

* Ada kelibat ibu bapa dan bekas pelajar yang hadir turut bagi sokongan pada para peserta.

* Ahli kawad dari rumah sukan dan organisasi yang kemas, cantik dan bersih.

* Gerai dibuka dan menawarkan produk yang sesuai dan confirm laris spt aiskrim, burger dll.

* Kuartet 4 x 100m lelaki dan perempuan SMKDZM juara bagi acara larian jemputan sekolah-sekolah (MRSM TROLAK, SM.SLIM, SM.TROLAK)

* Persaingan sihat antara peserta acara-acara yang dipertandingkan.

* Acara guru 4 x 50m yang menarik perhatian pelajar-pelajar.

* Semangat juang para peserta dan beberapa petugas pelajar dan guru-guru.(Pujian buat peserta larian yang terjatuh di pertengahan trek, bagun kembali dan meneruskan perlumbaan)

* Para pelajar memberi kerjasama yang baik menjaga kebersihan.


Pahit apabila ;

* Rata-rata peserta lelaki muslim acara pada hari kejohanan memakai seluar pendek.

* Terdapat peserta perempuan dan penonton dari kalangan perempuan yang memakai t shirt berlengan pendek, berfesyen dan ketat. (Padahal sebelum hari kejohanan, pihak sekolah telah mengumumkan etika2 berpakaian para pelajar)

* Terdapat pelajar lelaki 'kantoi' krn memakai rantai leher dan gelang.

* Ketidakpuashati segelintir pelajar tentang keputusan acara tarik tali peringkat akhir.

* Segelintir pelajar melambatkan majlis penyampaian hadiah.(pertengahan kejohanan)

* Terdapat beberapa bantahan terhadap keputusan pelbagai acara tetapi tidak dikemukakan kpd majlis pengadil. Cakap-cakap belakang.

* Pelajar laki dan perempuan bukan muhrim tanpa segan duduk rapat berduaan.


Walaupun senarai 'manis' tu lebih panjang dari 'pahit apabila', namun senarai yang lebih pendek itu lebih membimbangkan dan pelbagai kerja-kerja berat perlu disenaraikan dan dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak. Saya percaya perkara begini bukan sahaja berlaku di tempat saya jadi bukanlah maksud saya untuk memburukkan sesuatu dan memuji sesuatu tetapi hanya sebagai iktibar, pengajaran serta persediaan bagi pembaca.


Perlu disedarkan kepada para pelajar, apabila kebaikan itu menjadi suatu perkara yang pelik dan janggal, keburukan pula menjadi suatu kebanggaan dan tidak dianggap kesalahan maka perlu kita merasa bimbang dan cepat-cepatlah kita bertaubat nasuha dan tambahlah amalan-amalan kebajikan kerana Hari Qiamat sudah menghampiri dan akan tiba bila-bila masa tanpa menunggu sesiapa. Apabila Hari Qiamat tiba, taubat tidak lagi diterima, doa tidak lagi dimakbulkan, kebajikan tidak dikira yang ada ketika itu hanyalah menunggu pembalasan atas perbuatan di dunia.


Wallahualam. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan keredhaanNya, Insyaallah.

Wednesday, February 25, 2009








SMK.Dato' Zulkifli Muhammad, Slim River

Pertama kali mengajar di sekolah ini sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) pada tahun 2008 selama lebih kurang 5 bulan memberi pengalaman yang berharga dan ini adalah pertama kali berhadapan dan mengajar pelajar sekolah menengah. Sekolah ini menjalankan 2 sesi pembelajaran. Tugas pada waktu petang bermula jam 1.10 ptg dan tamat pada 6.30ptg dan saya ditugaskan mengajar kelas tingkatan 2. Ada juga kelas diluar jadual ditugaskan pada saya iaitu subjek Kemahiran Qur'an untuk Kelas Aliran Agama (khas) tingkatan 1,2 dan 3 maka kelas luar jadual ini dijalankan bermula jam 11.00 pagi dan untuk tingkatan 3, dijalankan pada waktu petang iaitu 1.45ptg.

Pengalaman mengajar pelajar khas aliran agama dan bahasa arab ini sedikit berbeza dengan pelajar kelas biasa. Ini mungkin juga kerana pelajar aliran khas ini terpilih dan terbaik. Apa-pun tanggungjawab sebagai guru untuk menyampaikan ilmu Allah ni tak boleh pilih kasih dan juga berpandukan darjat, semua makhluk Allah berhak untuk menuntut ilmu dan mengaplikasikan ilmu pada amalan yang baik seterusnya berkonsisten.

Subjek Pendidikan Islam mudah bagi saya untuk mengajarkan pada para pelajar kerana ianya asas dari ilmu syariah yang telah saya pelajari sebelum ini. Yang menjadi masalahnya ialah untuk menerapkan kesedaran dan keinsafan ke dalam diri pelajar. Pendidikan Islam bukan sekadar subjek yang ditarget A dalam PMR atau SPM tetapi ianya ilmu yang akan menjaga tuannya dengan syarat ilmu itu dipelajari dan difahami dengan baik. Kefahaman pula diintreprestasikan (am i right?) melalui amalan-amalan fardhu dan berterusan mengamalkan amalan sunat serta sentiasa menjaga akhlaknya.

Pelajar sekolah ini pada masa ini boleh dikatakan 'sawa-sawa'. Sama. Mereka sama walaupun berlainan kelas dan peringkat umur. Bukan sahaja sama rajin, aktif di padang, kemas malah mereka sama dalam hal coupling, chit-chat sms, berbahasa kasar dan kurang menghormati guru..perkara yang positif pasti kita gembira melihat dan mendengarnya tapi kalo hal negatif ni sedih kita melihat dan mendengarnya. Jadi, mereka ni 'sawa-sawa'. Mengutuk guru pun sudah menjadi perkara jenaka bagi mereka.

Inilah dikatakan akhir zaman oleh Rasulullahi Sallallahu 'Alaihi Wasallam tentang akhlak dan perangai manusia akhir zaman disamping fitnah yang melata. Hairan juga dengan orang Islam sendiri yang suka kepada gosip-gosip padahal itulah fitnah. Bezanya hanya satu iaitu ditukar istilahnya sahaja. Maksud sama.