Ahlan Wasahlan :: Selamat Datang :: Welcome

Tambahkan informasi dan berkongsi pengalaman bersama saya di sini.

Saturday, October 10, 2009

ANUGERAHNYA YANG TIDAK TERNILAI...

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku...

Allah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan, lelaki pasangannya adalah perempuan. Namun sejauh mana kita bersyukur dengan anugerah Allah yang telah menciptakan pasangan kita. Harapan seorang suami kepada seorang isteri adalah menginginkan isterinya itu menjadi wanita yang mulia yang solehah, yang dapat melahirkan anak-anak soleh solehah yang akan menjadi pemimpin bahkan cita-cita terbesar adalah mahu melahirkan zuriat yang dapat menegakkan syiar islam pada masa akan datang. Isteri pula menginginkan seorang suami yang dapat menjalankan amanah dan tanggungjawabnya yang besar kerana apabila sahaja seorang suami melafazkan akad, isteri itu adalah amanah Allah buatmu wahai suami. Binalah rumahtangga yang dihiasi dengan amal ibadah padaNya, Insyaallah isterimu itulah jua bidadarimu di syurga kelak. Rumahtangga yang berlandaskan keimanan, kasih sayang, kesabaran, saling cinta mencintai serta ingat mengingatkan pasti ada rahmahNnya di sana kelak, InsyaAllah. Isteri, jagalah akhlak dan maruahmu kerana engkau adalah maruah kepada suamimu. Isteri yang taat pada Allah, rasul dan suami itulah anugerah paling berharga buat insan bernama suami. Bercita-citalah membawa cintamu wahai suami isteri hingga ke syurga.
Renungan khas buat para isteri dan suami...

No comments: