Ahlan Wasahlan :: Selamat Datang :: Welcome

Tambahkan informasi dan berkongsi pengalaman bersama saya di sini.

Wednesday, February 25, 2009

SMK.Dato' Zulkifli Muhammad, Slim River

Pertama kali mengajar di sekolah ini sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) pada tahun 2008 selama lebih kurang 5 bulan memberi pengalaman yang berharga dan ini adalah pertama kali berhadapan dan mengajar pelajar sekolah menengah. Sekolah ini menjalankan 2 sesi pembelajaran. Tugas pada waktu petang bermula jam 1.10 ptg dan tamat pada 6.30ptg dan saya ditugaskan mengajar kelas tingkatan 2. Ada juga kelas diluar jadual ditugaskan pada saya iaitu subjek Kemahiran Qur'an untuk Kelas Aliran Agama (khas) tingkatan 1,2 dan 3 maka kelas luar jadual ini dijalankan bermula jam 11.00 pagi dan untuk tingkatan 3, dijalankan pada waktu petang iaitu 1.45ptg.

Pengalaman mengajar pelajar khas aliran agama dan bahasa arab ini sedikit berbeza dengan pelajar kelas biasa. Ini mungkin juga kerana pelajar aliran khas ini terpilih dan terbaik. Apa-pun tanggungjawab sebagai guru untuk menyampaikan ilmu Allah ni tak boleh pilih kasih dan juga berpandukan darjat, semua makhluk Allah berhak untuk menuntut ilmu dan mengaplikasikan ilmu pada amalan yang baik seterusnya berkonsisten.

Subjek Pendidikan Islam mudah bagi saya untuk mengajarkan pada para pelajar kerana ianya asas dari ilmu syariah yang telah saya pelajari sebelum ini. Yang menjadi masalahnya ialah untuk menerapkan kesedaran dan keinsafan ke dalam diri pelajar. Pendidikan Islam bukan sekadar subjek yang ditarget A dalam PMR atau SPM tetapi ianya ilmu yang akan menjaga tuannya dengan syarat ilmu itu dipelajari dan difahami dengan baik. Kefahaman pula diintreprestasikan (am i right?) melalui amalan-amalan fardhu dan berterusan mengamalkan amalan sunat serta sentiasa menjaga akhlaknya.

Pelajar sekolah ini pada masa ini boleh dikatakan 'sawa-sawa'. Sama. Mereka sama walaupun berlainan kelas dan peringkat umur. Bukan sahaja sama rajin, aktif di padang, kemas malah mereka sama dalam hal coupling, chit-chat sms, berbahasa kasar dan kurang menghormati guru..perkara yang positif pasti kita gembira melihat dan mendengarnya tapi kalo hal negatif ni sedih kita melihat dan mendengarnya. Jadi, mereka ni 'sawa-sawa'. Mengutuk guru pun sudah menjadi perkara jenaka bagi mereka.

Inilah dikatakan akhir zaman oleh Rasulullahi Sallallahu 'Alaihi Wasallam tentang akhlak dan perangai manusia akhir zaman disamping fitnah yang melata. Hairan juga dengan orang Islam sendiri yang suka kepada gosip-gosip padahal itulah fitnah. Bezanya hanya satu iaitu ditukar istilahnya sahaja. Maksud sama.

No comments: