Ahlan Wasahlan :: Selamat Datang :: Welcome

Tambahkan informasi dan berkongsi pengalaman bersama saya di sini.

Wednesday, November 24, 2010

Jom Kita Berhijrah

Rasanya sudah lama tidak update blog. Walaupun rasa terlewat, ana ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada adik-adik yang telah mengambil keputusan UPSR. Seronok dengar anak kawan-kawan setempat kerja mendapat keputusan cemerlang, berkat usaha mereka serta doa mak ayah yang tidak putus. Buat adik-adik yang sedang mengambil peperiksaan SPM, selamat menjawab soalan ana ucapkan. Rasa perlu segarkan kembali minda serta pembacaan setelah lama tidak update blog..:)

Melihatkan kepada kalendar Hijrah yang bakal bertambah tahun…ana ingin berkongsi bersama-sama para pembaca, mari kita lakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik.

Teringat ana pada sebuah cerita kisah benar. Penghijrahan seorang wanita (permata yang dicari). Penampilan wanita ini pada mulanya tidak menepati syariat, maksud ana di sini tidak menutup aurat. Pakaiannya ketika pertama kali berjumpa adalah “baju baby”. Kerana berasa dirinya terasing dan lain dari yang lain, maka wanita ini dilihat lebih banyak mendiamkan diri. Walaupun kami berlainan kos, ana kos sains hayat manakala wanita ini kos perakaunan namun hati ini tertarik mahu mengenali dirinya. Selang beberapa minggu kemudian ana dikhabarkan wanita ini telah bertudung dan memakai baju yang menutup aurat seperti tuntutan syariat. Ana memperolehi berita ini dari sahabat Rakan Masjid yang ana sertai. Alhamdulillah berkat teguran dari seorang muslimin yang juga merupakan Ketua Pelajar merangkap Penasihat Rakan Masjid, wanita ini mula berhijrah dengan penampilan yang memenuhi tuntutan syariat. Walaupun peristiwa ini sudah berlalu 5 tahun yang lalu namun ia tetap mekar dalam ingatan ana dan ana masih menghubungi wanita ini yang merupakan sahabat ana sendiri. Banyak ujian yang perlu ditempuhi wanita ini sebelum penghijrahannya. Dan kini dia kekal dengan imej wanita muslimah.

Jom kita berhijrah…

Kamaliah Zarir