
- Alhamdulillahi wahdah la syarikalah... Bersyukur kepada Allah Ta'ala krn hidup ni dapat diteruskan dan bertambah seri dengan kehadiran zuriat pada 6 zulqaedah 1432/4 oktober 2011. Lahirnya dipermudahkan oleh Allah. Zaujah tidak lama dalam bilik bersalin.
Nama yang diberikan Muhammad Faatih Al-'Eizz kerana doa agar dia akan menjadi pejuang agama seperti Sultan Muhammad al-Fatih dan menjadi anak yang soleh sentiasa menjaga kemuliaan agama,maruah dan ummat.
- Rasa sangat gembira dengan kehadirannya tetapi sentiasa beringat inilah amanah Allah dipertanggungjawabkan untuk saya dan zaujah. Ya Allah, berilah petunjuk kepada kami untuk memelihara dan membesarkannya menurut kehendak-Mu..
No comments:
Post a Comment