Ahlan Wasahlan :: Selamat Datang :: Welcome

Tambahkan informasi dan berkongsi pengalaman bersama saya di sini.

Wednesday, November 24, 2010

Jom Kita Berhijrah

Rasanya sudah lama tidak update blog. Walaupun rasa terlewat, ana ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada adik-adik yang telah mengambil keputusan UPSR. Seronok dengar anak kawan-kawan setempat kerja mendapat keputusan cemerlang, berkat usaha mereka serta doa mak ayah yang tidak putus. Buat adik-adik yang sedang mengambil peperiksaan SPM, selamat menjawab soalan ana ucapkan. Rasa perlu segarkan kembali minda serta pembacaan setelah lama tidak update blog..:)

Melihatkan kepada kalendar Hijrah yang bakal bertambah tahun…ana ingin berkongsi bersama-sama para pembaca, mari kita lakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik.

Teringat ana pada sebuah cerita kisah benar. Penghijrahan seorang wanita (permata yang dicari). Penampilan wanita ini pada mulanya tidak menepati syariat, maksud ana di sini tidak menutup aurat. Pakaiannya ketika pertama kali berjumpa adalah “baju baby”. Kerana berasa dirinya terasing dan lain dari yang lain, maka wanita ini dilihat lebih banyak mendiamkan diri. Walaupun kami berlainan kos, ana kos sains hayat manakala wanita ini kos perakaunan namun hati ini tertarik mahu mengenali dirinya. Selang beberapa minggu kemudian ana dikhabarkan wanita ini telah bertudung dan memakai baju yang menutup aurat seperti tuntutan syariat. Ana memperolehi berita ini dari sahabat Rakan Masjid yang ana sertai. Alhamdulillah berkat teguran dari seorang muslimin yang juga merupakan Ketua Pelajar merangkap Penasihat Rakan Masjid, wanita ini mula berhijrah dengan penampilan yang memenuhi tuntutan syariat. Walaupun peristiwa ini sudah berlalu 5 tahun yang lalu namun ia tetap mekar dalam ingatan ana dan ana masih menghubungi wanita ini yang merupakan sahabat ana sendiri. Banyak ujian yang perlu ditempuhi wanita ini sebelum penghijrahannya. Dan kini dia kekal dengan imej wanita muslimah.

Jom kita berhijrah…

Kamaliah Zarir

Tuesday, September 14, 2010

Sejadah

Bila nak solat, tok guru dah ajar tengok tempat sujud supaya dapat fokus solat dan khusyu'.InsyaAllah dapat fokus jika tempat sujud hanya satu 'kaler' dan tidak bercorak.'Trend' sekarang ni, sejadah penuh dengan warna dan bercorak.Bila mula je takbiratul ihram, syaitan mula menganggu solat.Bila tengok ke sejadah nampak lakaran masjid....tiba-tiba terfikir...."cantiknya masjid ni,kat mana masjid ni ye...".

Bila memandang ke sejadah masa ruku' tengok corak berbintik-bintik di sejadah...sedang memerhati bintik-bintik, ada sedikit kelainan pada susunan bintik-bintik di bahagian tengah.Bila difokuskan lagi, rupanya tanda salib.Sedang solat itu juga la pemerhatian pada corak sejadah menjadi lebih tajam...

Bila memandang ke sejadah, melihat lakaran masjid yang cantik...diperhatikan setiap genap lakaran masjid sambil mulut membacakan al-Fatihah...selepas ber al-Fatihah,mata sekali lagi melihat ke suatu sudut lakaran masjid pada sejadah...ada lambang salib kecil pada bahagian corak kubah masjid dan ada juga salib pada tiang atas kubah...masa solat inilah mata jadi tajam dan lebih teliti...

selepas solat....sejadah tadi dilipat semula sambbil dlm hati, "lepas ni kene ubah corak-corak salib tadi..." sambil berlalu meninggalkan sejadah tersebut...begitulah biasanya berlaku dalam seharian...

Saturday, September 11, 2010

Bermusafir

Pergi
Masa : Rabu / 8 september 2010 / 29 ramadhan 1431
Destinasi : Kampung Padang Buluh, Pekan. Pahang
Masa Bertolak : 10.15 pagi Tiba : 6.30 ptg
Persinggahan : 1.Kaki bukit Batang Kali
2.Pos Kawalan Genting Highland
3.Perhentian Lanchang
4.R&R Gambang
5.Bazar Ramadhan Pekan
Peristiwa : Bumper belakang kereta dilanggar.Lampu biasan pecah.Bumper pecah.

Balik
Masa : Jumaat / 10 september 2010 / 1 syawal 1431
Destinasi : Trolak selatan, Perak
Masa Bertolak : 4.55 ptg Tiba : 9.30 mlm
Persinggahan : 1.Petronas Kuantan-Gambang
2.R&R Temerloh
3.Petronas Behrang 2020
4.Rumah

Peristiwa : Cek rumah mak.

Jumlah kilometer : 765.9 km
Petrol : RM 110.00 (Rm1.85 / Liter)
Kereta : Persona 1.6A / 2007

Thursday, July 15, 2010

NASIHAT SEORANG GURU


Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si guru berkata.
"Saya punya permainan...Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"
Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian si guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya.
"Anak anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh- musuh kita memaksakan kepada kita dengan berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika. Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, seks sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain. Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya.
"Paham cikgu..."

Justeru itu marilah kita sama-sama mengambil pengajaran dari kisah ini kerana apa yang cuba disampaikan oleh guru ini telah pun terjadi pada masa kini. Sama-sama kita fikirkan.

Wednesday, July 14, 2010

SAAT PERPISAHAN TERAKHIR


MENINGGAL DUNIA KETIKA LEPAS SOLAT ASAR
Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia. Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.
Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.
Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar.

Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama.
Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!
Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian.
Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah. Maka bergegaslah ustaz M ke hospital untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya, kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat!
Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar. Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita.
Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah!
Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam 'freezer' (maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu.
Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini.
Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi.
"Nampak macam no hospital nie", getus hati ustaz M.
"Hello, ustaz M ye?"... satu suara bertanya.
"Ya, ustaz M bercakap".
"Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?", sang suara meminta kepastian.
"Imam...imam. ...yanng mana satu....ermm. .oh...ya. .ya..ingat. .ingat... ", ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.
"Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?", beritahu sang suara ringkas.
"Ok..ok..., sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! ",
balas ustaz M.
Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari 'pending'. Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya.
Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital dan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imam tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah 'prosedur' yang telah ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ. Tambahan pula jenazah orang luar.
Bismillahir Rohmaanir Rohiim...... Dengan bersaksikan mata sekeliling yang memandang, ustaz M menarik 'stretcher ' peti sejuk beku mayat tersebut dengan perlahan-lahan. ..
Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh?
Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggal sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling.
Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku...terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan "ALLAH"!
Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.
Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut. Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan kan?....
Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.
Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa kematiaanya.
Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selain daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah. Ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.

MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT
Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.
Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu lain dan ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau.
Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna. Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti. Meneyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita.
Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari
Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan
sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.
Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini.
Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, "Uusyikom Bitaqawallah, Waihyaa..... ......... ......... .". Tiba-tiba imam ini terdiam....
Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya.
Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana yang tengah berwudhu' nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.
Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.
Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf
hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh
diucapkan selepas itu melainkan, "Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun..." .
Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang fana ini.
Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadi...dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia....Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan...
Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini.
Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan peliknya?... .
Ya,
Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M...
Subhanallah!
Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa ;
"Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka
muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok
melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah...Ya Allah..Ya
Allah....... ......"
Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa
ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang entah dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga!
SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!
Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam lain, agar memahami dan menegerti bahawa inilah balasannya. pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa!
Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi.
Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir.
Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi
kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir.
Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh
amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.
Wallahua'lam.
"Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam" yang didoakan oleh Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf, ayat 101 yang berikut:
[101] "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".

Tuesday, July 13, 2010

PESANAN BUATMU PUTERIKU SAYANG



Di sebuah kampus di Kuala Lumpur

“ Shida, cepatlah aku dah tak sabar nak jumpa pakwe aku ni, lama dia tunggu kat Mid tu..” Jerit Shida pada Ina teman sebiliknya.

“ Woi kejaplah, aku ngah make up ni, ko ingat ko sorang je ke nak jumpa pakwe ha, aku pun..hehe biar nampak cantik dan comel. Baru Imran tergoda tengok aku.” Jawab Ina sambil tersenyum mengenakan pemerah pipi berwarna merah jambu pada pipinya.

Suasana yang sama pada hari minggu, Shida dan Ina pasti akan ke bandar untuk berjumpa kekasih masing-masing. Dalam perjalanan tangan mereka tidak berhenti menaip sms pada kekasih mereka.

Tatkala inilah syaitan semakin berbisik pada hati mereka untuk terus berjumpa dengan pasangan bukan muhrim dan seterusnya melaksanakan maksiat yang akan membuatkan syaitan berasa bangga dengan tindakan mereka.

Lupakah kau wahai insan, Syaitan telah berjanji pada Allah yang mereka akan menyesatkan manusia sehingga mereka dapat membawa manusia bersama mereka ke neraka.

Ingatlah peringatan Allah!

“ Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungghnya dia ( syaitan ) menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar. Kalau bukan kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu, niscaya tidak seorang pun di antara kamu bersih ( dari perbuatan keji dan mungkar itu ) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.
( Surah An-Nur: Ayat 21 )


Situasi ini bukan sahaja kepada Ina dan Shida bahkan ia juga telah mula menghujani setiap jiwa pemuda dan pemudi Islam masa kini. Di manakah letaknya maruah dan perasaan malu mereka tatkala syaitan semakin rancak menggoda dan menghasut.

“Sayang, Bee rindu kat sayang..hmm..bila kita leh jumpa?” Ucap seorang pemuda kepada seorang pemudi yang bukan muhrim.

“Bee, sayang pun rindu sangat kat Bee..malam kita jumpa kat tempat biasa, boleh kita lepas rindu.” Jawab si pemudi dengan penuh manja.

Inilah perkara-perkara yang menghampiri zina dan pembuka kepada pintu zina. Ingatlah peringatan Allah!

” Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesunggunnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”
( Surah al-Isra’ : Ayat 32 )


Seribu kali sayang, Mawar Berduri yang indah mula menanggalkan durinya sendiri. Kumbang yang mengintai dari jauh mula menunjukkan taringnya. Kemanakah sifat malumu wahai puteri kebanggaan Islam.

Cuba kau dengar bait-bait lagu ini, kutujukan khas buatmu..

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi

Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya

Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman

Barakallahu Lakuma

Monday, March 8, 2010

Iktiraf diriku Pewarismu

Mendengar peringatan dari Ust.Ridhuan mengenai peranan ulama' dalam ummat, membuatkan otak saya ligat berfikir untuk merancang, memperbaiki dan memantapkan diri yang lemah ini kepada diri yang lebih bersedia dan kuat menjalankan tugas ulama' serta menerima kesusahan. Sudah menjadi adat dalam perjuangan mempertahankan ad-deen, setiap masa diburu ugutan, perasaan hasad dan pelbagai lagi mehnah.



Teringatkan perjuangan Rasulullah selama 23 tahun berdakwah di bumi ciptaan Allah yang mana baginda tidak sunyi dari kepayahan dan kesusahan. Jika dibayangkan, tak sanggup rasanya menanggung apa yang dihadapi Rasulullah...ya Rasulullah, kau dimuliakan Allah maka kau manusia termulia dan selayaknya kau dicintai ummat bahkan menjadi sebutan segala makhluk yang ada di seluruh alam...ya Rasulullah, setiap detik aku yang lemah ini mengingatimu terasa juga kehangatan cintamu terhadap ummatmu... Aku jua begitu, menyintaimu tanpa tidak melihatmu dan tanpa mendengar suara lunakmu menyampaikan ilmu dan tanpa mendengar suaramu yang lantang menyentap tenaga serta membakar api semangat di medan jihad... Kau diutuskan di tengah-tengah manusia yang rosak akidah dan akhlaknya, ketika itu jua agama Nabi Ibrahim terus melukut di tebing dunia dek nafsu manusia yang dimanjakan. Kau lahir dari keturunan yang terpilih serta bersih... Maka dengan itu kau juga membersihkan segala kotoran yang diwujudkan nafsu.. Kau ubah segala yang hodoh kepada indah, buruk kepada cantik, dan Kau tinggalkan kepada beberapa orang dri ummatmu suatu tugas yang menyamai tugasmu..

Rasulullah, kau tetap hidup berdamping dengan Al-Wahid... Hadirlah dalam hidupku ya Rasulullah maka aku akan terus bersemangat untuk menanggung warisanmu.