Ahlan Wasahlan :: Selamat Datang :: Welcome

Tambahkan informasi dan berkongsi pengalaman bersama saya di sini.

Tuesday, July 13, 2010

PESANAN BUATMU PUTERIKU SAYANG



Di sebuah kampus di Kuala Lumpur

“ Shida, cepatlah aku dah tak sabar nak jumpa pakwe aku ni, lama dia tunggu kat Mid tu..” Jerit Shida pada Ina teman sebiliknya.

“ Woi kejaplah, aku ngah make up ni, ko ingat ko sorang je ke nak jumpa pakwe ha, aku pun..hehe biar nampak cantik dan comel. Baru Imran tergoda tengok aku.” Jawab Ina sambil tersenyum mengenakan pemerah pipi berwarna merah jambu pada pipinya.

Suasana yang sama pada hari minggu, Shida dan Ina pasti akan ke bandar untuk berjumpa kekasih masing-masing. Dalam perjalanan tangan mereka tidak berhenti menaip sms pada kekasih mereka.

Tatkala inilah syaitan semakin berbisik pada hati mereka untuk terus berjumpa dengan pasangan bukan muhrim dan seterusnya melaksanakan maksiat yang akan membuatkan syaitan berasa bangga dengan tindakan mereka.

Lupakah kau wahai insan, Syaitan telah berjanji pada Allah yang mereka akan menyesatkan manusia sehingga mereka dapat membawa manusia bersama mereka ke neraka.

Ingatlah peringatan Allah!

“ Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungghnya dia ( syaitan ) menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar. Kalau bukan kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu, niscaya tidak seorang pun di antara kamu bersih ( dari perbuatan keji dan mungkar itu ) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.
( Surah An-Nur: Ayat 21 )


Situasi ini bukan sahaja kepada Ina dan Shida bahkan ia juga telah mula menghujani setiap jiwa pemuda dan pemudi Islam masa kini. Di manakah letaknya maruah dan perasaan malu mereka tatkala syaitan semakin rancak menggoda dan menghasut.

“Sayang, Bee rindu kat sayang..hmm..bila kita leh jumpa?” Ucap seorang pemuda kepada seorang pemudi yang bukan muhrim.

“Bee, sayang pun rindu sangat kat Bee..malam kita jumpa kat tempat biasa, boleh kita lepas rindu.” Jawab si pemudi dengan penuh manja.

Inilah perkara-perkara yang menghampiri zina dan pembuka kepada pintu zina. Ingatlah peringatan Allah!

” Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesunggunnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”
( Surah al-Isra’ : Ayat 32 )


Seribu kali sayang, Mawar Berduri yang indah mula menanggalkan durinya sendiri. Kumbang yang mengintai dari jauh mula menunjukkan taringnya. Kemanakah sifat malumu wahai puteri kebanggaan Islam.

Cuba kau dengar bait-bait lagu ini, kutujukan khas buatmu..

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi

Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya

Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman

No comments: