Ahlan Wasahlan :: Selamat Datang :: Welcome

Tambahkan informasi dan berkongsi pengalaman bersama saya di sini.

Wednesday, July 27, 2011

Mengkayak Menurut Arus

Pada 24 Julai 2011, Pihak HeP Kampus Tapah (Terima kasih Azdi) menganjurkan program yang menarik yg sudah lama saya tak lakukan iaitu berkayak. Aktiviti ini bermula dari Tanjung Belanja sehingga Bota Kanan melusuri Sungai Perak sejauh 21km. Pelajar seramai 24 orang trut serta dalam aktiviti ini.

Tujuan utama program ini untuk pelajar menyuburkan 'Team Spirit' (TS). Apabila berkayak secara berpasangan,jika hendak kayak itu lancar maka strateginya adalah menghayun 'paddle' secara serentak iaitu samada kiri atau kanan. Kemudian,berkayak bergerak secara berkumpulan atau berkonvoi.Kali ini berkonvoi sebanyak 16 kayak. Apabila salah sebuah kayak terbalik dan gagal melakukan 'rolling' maka ahli kayak lain perlu membantu untuk menyekat pengkayak daripada hanyut dibawa arus dan membantu membuang air daripada kayak.

Kemudian saya dan peserta mempelajari teknik 'rafting' iaitu semua ahli konvoi 'parking' membentuk satu barisan sebelah menyebelah dan diperkuatkan lagi dengan setiap peserta memegang 'komeng' (betul ke idak),bahagian bibir kokpit pengkayak. Pada situasi ini,pengkayak yang di sisi kanan dan kiri berperanan menstabilkan kumpulan 'rafting'.

Teringat berkenaan beberapa istilah antaranya 'bor-man' iaitu pengkayak di kokpit hadapan dan 'stan-man' iaitu pengkayak di kokpit belakang. Begitu juga 'forward' ke depan dan 'backward' undur. Sapuan kanan-kayuh menghala ke kanan :: Sapuan ke kanan-membelok ke kanan. Begitulah sebaliknya.

Dah lebih 11 tahun tak berkayak jadi, bila dapat berkayak kali ini, memang seronok sangat. Terima kasih kepada en.Zam (Unit Kokurikulum),En.Hasrul (Pensyarah FSPU) dan beberapa staf HEP Seri Iskandar dan Tapah dan juga pelajar STAR-1 & 2 seri iskandar.

Memang seronok dan tiba-tiba timbul azam untuk menggambil STAR-1.InsyaAllah.