Ahlan Wasahlan :: Selamat Datang :: Welcome

Tambahkan informasi dan berkongsi pengalaman bersama saya di sini.

Sunday, October 4, 2009

Hidup di dunia ini sekadar persinggahan

Semakin lama kita hidup di dunia ini, semakin banyak ujian dan cabaran dunia yang kita lalui, manis, pahit malah kadang-kadang ia mengundang 1001 perasaan apabila kita berhadapan dengan ujian ini. Umpamanya sebuah pelayaran di tengah lautan, air laut yang tenang tiba-tiba di landa ombak besar dan angin ribut. Penumpang-penumpang berusaha mahu menyelamatkan diri masing-masing, ada antara mereka yang jatuh, malah ada yang teggelam di lautan dalam. Ada pula penumpang yang berjaya berenang ke tepian pantai dan sekali lagi ia berusaha berlayar untuk sampai ke destinasi sebenar. Walaupun mereka tidak tahu apa yang bakal dilalui dalam pelayaran seterusnya samada berjaya atau tidak, mereka tetap teruskan dengan bekalan amal ibadat yang dibawa serta satu niat mahu bertemu Yang Maha Pencipta yakni Allah S. W. T.
Kita sekadar musafir yang singgah di dunia ini buat mencari bekalan untuk di bawa ke destinasi sebenar. Renung-renungkan bersama...

2 comments:

zaid anuar said...

Salam..sama-sama kita perbanyakkan amal ibadat untuk dibawa ke sana.

selamat pengantin baru akhi Angah Zarir.

SITI JAMALIAH BINTI RAMLI said...

Assalamualaikum Anakanda Zarir
SELAMAT PENGANTIN BARU. SEMOGA SENTIASA DALAM KEBERKATAN ALLAH.