28 Feb 2009 - Temasya Kejohanan Olahraga Tahunan SMKDZM kali ke-43.
Antara majlis @ program yang tidak dapat dilupakan dan menjadi suatu kenangan yang 'ikhtilat' antara manis dan pahit.
Manisnya ;
* Kerjasama guru dan pelajar 'setup' majlis sebelum bermulanya majlis.
* Pelajar dan guru datang dengan muka yang manis2.
* Perjalanan majlis perasmian lancar dan tidak timbul perkara yang tidak diingini berlaku.
* Ada kelibat ibu bapa dan bekas pelajar yang hadir turut bagi sokongan pada para peserta.
* Ahli kawad dari rumah sukan dan organisasi yang kemas, cantik dan bersih.
* Gerai dibuka dan menawarkan produk yang sesuai dan confirm laris spt aiskrim, burger dll.
* Kuartet 4 x 100m lelaki dan perempuan SMKDZM juara bagi acara larian jemputan sekolah-sekolah (MRSM TROLAK, SM.SLIM, SM.TROLAK)
* Persaingan sihat antara peserta acara-acara yang dipertandingkan.
* Acara guru 4 x 50m yang menarik perhatian pelajar-pelajar.
* Semangat juang para peserta dan beberapa petugas pelajar dan guru-guru.(Pujian buat peserta larian yang terjatuh di pertengahan trek, bagun kembali dan meneruskan perlumbaan)
* Para pelajar memberi kerjasama yang baik menjaga kebersihan.
Pahit apabila ;
* Rata-rata peserta lelaki muslim acara pada hari kejohanan memakai seluar pendek.
* Terdapat peserta perempuan dan penonton dari kalangan perempuan yang memakai t shirt berlengan pendek, berfesyen dan ketat. (Padahal sebelum hari kejohanan, pihak sekolah telah mengumumkan etika2 berpakaian para pelajar)
* Terdapat pelajar lelaki 'kantoi' krn memakai rantai leher dan gelang.
* Ketidakpuashati segelintir pelajar tentang keputusan acara tarik tali peringkat akhir.
* Segelintir pelajar melambatkan majlis penyampaian hadiah.(pertengahan kejohanan)
* Terdapat beberapa bantahan terhadap keputusan pelbagai acara tetapi tidak dikemukakan kpd majlis pengadil. Cakap-cakap belakang.
* Pelajar laki dan perempuan bukan muhrim tanpa segan duduk rapat berduaan.
Walaupun senarai 'manis' tu lebih panjang dari 'pahit apabila', namun senarai yang lebih pendek itu lebih membimbangkan dan pelbagai kerja-kerja berat perlu disenaraikan dan dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak. Saya percaya perkara begini bukan sahaja berlaku di tempat saya jadi bukanlah maksud saya untuk memburukkan sesuatu dan memuji sesuatu tetapi hanya sebagai iktibar, pengajaran serta persediaan bagi pembaca.
Perlu disedarkan kepada para pelajar, apabila kebaikan itu menjadi suatu perkara yang pelik dan janggal, keburukan pula menjadi suatu kebanggaan dan tidak dianggap kesalahan maka perlu kita merasa bimbang dan cepat-cepatlah kita bertaubat nasuha dan tambahlah amalan-amalan kebajikan kerana Hari Qiamat sudah menghampiri dan akan tiba bila-bila masa tanpa menunggu sesiapa. Apabila Hari Qiamat tiba, taubat tidak lagi diterima, doa tidak lagi dimakbulkan, kebajikan tidak dikira yang ada ketika itu hanyalah menunggu pembalasan atas perbuatan di dunia.
Wallahualam. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan keredhaanNya, Insyaallah.
No comments:
Post a Comment