Ahlan Wasahlan :: Selamat Datang :: Welcome

Tambahkan informasi dan berkongsi pengalaman bersama saya di sini.

Thursday, December 10, 2009

Setiap Kesusahan Itu Ujian Begitu Jua Kesenangan

Susah dan senang dalam menjalani kehidupan berlaku apabila adanya perubahan. Perubahan umur, pertambahan amanah, pekerjaan, pelajaran dan sebagainya. Dalam sedar, ianya adalah ujian dariNya. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Mendengar tazkirah dari IKIM.FM tentang bagaimana Nabi Khidir Alaihissalam mengajar Nabi Musa Alaihissalam tentang datangnya kesusahan dahulu sebelum berlakunya kesenangan. Allah tidak memberi kesenangan yang mudah bagi hambaNya yang soleh, perlu ada ujian yang wajib lulus dan diberi kelulusan itu oleh Allah bersama janjiNya. Antara pelajaran oleh Nabi Khidir kepada Nabi Musa ialah apabila mereka bersama menaiki sampan menyeberangi sebatang sungai, sampan itu kepunyaan seorang hamba Allah yang miskin mencari rezeki hanya dengan upah membawa sampan tersebut. Tiba-tiba Nabi Khidir merosakkan sedikit sampan itu, maka terkejutlah Nabi Musa dengan perbuatan Nabi Khidir yang dianggapnya sebagai tidak berperikemanusiaan. Di akhir perjalanan, Nabi Khidir menjelaskan kepada Nabi Musa bahawa di jeti seberang sungai itu ada seorang raja yang zalim, merampas semua sampan-sampan yang elok dan cantik. Maka apabila didapatinya sampan si miskin ini telah rosak, maka dibiarkan sahaja. Bukan ke kerosakan yang sedikit dapat diperbaiki daripada kehilangan terus sampan tadi.

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Maka kesabaran dan ketaqwaan adalah kunci bagi membuka hikmah-hikmah yang telah diatur olehNya.

Wallahualam

No comments: