Ahlan Wasahlan :: Selamat Datang :: Welcome

Tambahkan informasi dan berkongsi pengalaman bersama saya di sini.

Saturday, September 6, 2008

Perantauan

Ramadhan di Jordan berbeza keadaan dan cara sambutannya dari Malaysia. Sambutan sangat meriah dengan menghiasi rumah lampu hiasan berkelipan dan berwarna warni ditambah pula dengan pembaharuan hiasan dalaman seperti Muslimin Malaysia menyambut hari pertama Syawal. Tetapi sambutan Ramadhan seperti mereka nilah yg mengikuti cara Nabi Muhammad maksud saya sambutan yang meriah dgn mengalu-alukan Ramadhan.
Mu'tah, nama tempat saya di sini lengang sejam sebelum waktu berbuka puasa@maghrib. Waktu ini muslimin sudah berada dalam rumah membaca dan mendengar ayat-ayat suci al-quran. Sehinggalah selepas Isya' barulah kedengaran kesibukan kenderaan dan penduduk.
Waktu Ramadhan ini juga waktu murah rezeki bagi mahasiswa Malaysia di sini kerana masjid-masjid mengadakan majlis berbuka puasa besar-besaran dan mahasiswa Malaysia menjadi antara tetamu yg diutamakan. Jika ditanya kpd pihak penganjur, mereka mengatakan gembira menjemput dan menjadikan mahasiswa Malaysia sbg tetamu majlis krn kami merupakan penuntut ilmu agama dan juga ibnu sabil (berjauhan dari tanahair utk menuntut ilmu syarei).
Tahun ni Ramadhan jatuh dalam musim panas dan inilah kali pertama saya merasai berpuasa Ramadhan di dalam musim panas. Boleh tahan jugak la berpuasa ketika ini dan mujur juga waktu seperti ini saya tak perlu lagi ke kuliah. Alhamdulillah berjaya menamatkan pengajian dan melengkapkan urusan kelulusan universiti.
'Katayef" merupakan nama sejenis kuih bentuknya seperti lempeng yg kecil, menjadi makanan utama berbuka selepas tamar. Kuih ni hanya ada pd Ramadhan shj, itulah keistimewaannya. Kalau dimakan begitu sahaja, memang tawar. 'Regu'nya adalah 'qisytoh' ialah sejenis susu pekat berkrim (disukai ramai).
Begitulah serba sedikit.
::Kullu 'Am Wa Antum Bikhair::

1 comment:

Muhammad Shahrul Ifwat bin Ishak said...

aku teringat kata-kata angah, semakin lama kita di jordan, semakin banyak cerita. hehehe
salam ziarah ke blog saya.
www.muhammadshahrulifwat.blogspot.com