Ahlan Wasahlan :: Selamat Datang :: Welcome

Tambahkan informasi dan berkongsi pengalaman bersama saya di sini.

Tuesday, March 10, 2009

Si Kecil Takutkan Neraka

Ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis,

dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"


Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"


Peringatan ini adalah untuk diri saya dan para pembaca. Si kecil yang masih bersih tetapi takutkan neraka padahal tempatnya di syurga. Bagi diri saya yang sedang meningkat umurnya pelbagai kesalahan dan kesilapan telah dilakukan. Moga Allah menerima taubat beserta kesedaran dari saya.

Sunday, March 1, 2009

Peristiwa 'Ikhtilat' - 28 Feb 09

28 Feb 2009 - Temasya Kejohanan Olahraga Tahunan SMKDZM kali ke-43.


Antara majlis @ program yang tidak dapat dilupakan dan menjadi suatu kenangan yang 'ikhtilat' antara manis dan pahit.


Manisnya ;

* Kerjasama guru dan pelajar 'setup' majlis sebelum bermulanya majlis.

* Pelajar dan guru datang dengan muka yang manis2.

* Perjalanan majlis perasmian lancar dan tidak timbul perkara yang tidak diingini berlaku.

* Ada kelibat ibu bapa dan bekas pelajar yang hadir turut bagi sokongan pada para peserta.

* Ahli kawad dari rumah sukan dan organisasi yang kemas, cantik dan bersih.

* Gerai dibuka dan menawarkan produk yang sesuai dan confirm laris spt aiskrim, burger dll.

* Kuartet 4 x 100m lelaki dan perempuan SMKDZM juara bagi acara larian jemputan sekolah-sekolah (MRSM TROLAK, SM.SLIM, SM.TROLAK)

* Persaingan sihat antara peserta acara-acara yang dipertandingkan.

* Acara guru 4 x 50m yang menarik perhatian pelajar-pelajar.

* Semangat juang para peserta dan beberapa petugas pelajar dan guru-guru.(Pujian buat peserta larian yang terjatuh di pertengahan trek, bagun kembali dan meneruskan perlumbaan)

* Para pelajar memberi kerjasama yang baik menjaga kebersihan.


Pahit apabila ;

* Rata-rata peserta lelaki muslim acara pada hari kejohanan memakai seluar pendek.

* Terdapat peserta perempuan dan penonton dari kalangan perempuan yang memakai t shirt berlengan pendek, berfesyen dan ketat. (Padahal sebelum hari kejohanan, pihak sekolah telah mengumumkan etika2 berpakaian para pelajar)

* Terdapat pelajar lelaki 'kantoi' krn memakai rantai leher dan gelang.

* Ketidakpuashati segelintir pelajar tentang keputusan acara tarik tali peringkat akhir.

* Segelintir pelajar melambatkan majlis penyampaian hadiah.(pertengahan kejohanan)

* Terdapat beberapa bantahan terhadap keputusan pelbagai acara tetapi tidak dikemukakan kpd majlis pengadil. Cakap-cakap belakang.

* Pelajar laki dan perempuan bukan muhrim tanpa segan duduk rapat berduaan.


Walaupun senarai 'manis' tu lebih panjang dari 'pahit apabila', namun senarai yang lebih pendek itu lebih membimbangkan dan pelbagai kerja-kerja berat perlu disenaraikan dan dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak. Saya percaya perkara begini bukan sahaja berlaku di tempat saya jadi bukanlah maksud saya untuk memburukkan sesuatu dan memuji sesuatu tetapi hanya sebagai iktibar, pengajaran serta persediaan bagi pembaca.


Perlu disedarkan kepada para pelajar, apabila kebaikan itu menjadi suatu perkara yang pelik dan janggal, keburukan pula menjadi suatu kebanggaan dan tidak dianggap kesalahan maka perlu kita merasa bimbang dan cepat-cepatlah kita bertaubat nasuha dan tambahlah amalan-amalan kebajikan kerana Hari Qiamat sudah menghampiri dan akan tiba bila-bila masa tanpa menunggu sesiapa. Apabila Hari Qiamat tiba, taubat tidak lagi diterima, doa tidak lagi dimakbulkan, kebajikan tidak dikira yang ada ketika itu hanyalah menunggu pembalasan atas perbuatan di dunia.


Wallahualam. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan keredhaanNya, Insyaallah.