Ahlan Wasahlan :: Selamat Datang :: Welcome

Tambahkan informasi dan berkongsi pengalaman bersama saya di sini.

Tuesday, October 11, 2011

Faatih (Pembuka)


  • Alhamdulillahi wahdah la syarikalah... Bersyukur kepada Allah Ta'ala krn hidup ni dapat diteruskan dan bertambah seri dengan kehadiran zuriat pada 6 zulqaedah 1432/4 oktober 2011. Lahirnya dipermudahkan oleh Allah. Zaujah tidak lama dalam bilik bersalin.
Nama yang diberikan Muhammad Faatih Al-'Eizz kerana doa agar dia akan menjadi pejuang agama seperti Sultan Muhammad al-Fatih dan menjadi anak yang soleh sentiasa menjaga kemuliaan agama,maruah dan ummat.
  • Rasa sangat gembira dengan kehadirannya tetapi sentiasa beringat inilah amanah Allah dipertanggungjawabkan untuk saya dan zaujah. Ya Allah, berilah petunjuk kepada kami untuk memelihara dan membesarkannya menurut kehendak-Mu..
  • Terima kasih Allah.

Wednesday, July 27, 2011

Mengkayak Menurut Arus

Pada 24 Julai 2011, Pihak HeP Kampus Tapah (Terima kasih Azdi) menganjurkan program yang menarik yg sudah lama saya tak lakukan iaitu berkayak. Aktiviti ini bermula dari Tanjung Belanja sehingga Bota Kanan melusuri Sungai Perak sejauh 21km. Pelajar seramai 24 orang trut serta dalam aktiviti ini.

Tujuan utama program ini untuk pelajar menyuburkan 'Team Spirit' (TS). Apabila berkayak secara berpasangan,jika hendak kayak itu lancar maka strateginya adalah menghayun 'paddle' secara serentak iaitu samada kiri atau kanan. Kemudian,berkayak bergerak secara berkumpulan atau berkonvoi.Kali ini berkonvoi sebanyak 16 kayak. Apabila salah sebuah kayak terbalik dan gagal melakukan 'rolling' maka ahli kayak lain perlu membantu untuk menyekat pengkayak daripada hanyut dibawa arus dan membantu membuang air daripada kayak.

Kemudian saya dan peserta mempelajari teknik 'rafting' iaitu semua ahli konvoi 'parking' membentuk satu barisan sebelah menyebelah dan diperkuatkan lagi dengan setiap peserta memegang 'komeng' (betul ke idak),bahagian bibir kokpit pengkayak. Pada situasi ini,pengkayak yang di sisi kanan dan kiri berperanan menstabilkan kumpulan 'rafting'.

Teringat berkenaan beberapa istilah antaranya 'bor-man' iaitu pengkayak di kokpit hadapan dan 'stan-man' iaitu pengkayak di kokpit belakang. Begitu juga 'forward' ke depan dan 'backward' undur. Sapuan kanan-kayuh menghala ke kanan :: Sapuan ke kanan-membelok ke kanan. Begitulah sebaliknya.

Dah lebih 11 tahun tak berkayak jadi, bila dapat berkayak kali ini, memang seronok sangat. Terima kasih kepada en.Zam (Unit Kokurikulum),En.Hasrul (Pensyarah FSPU) dan beberapa staf HEP Seri Iskandar dan Tapah dan juga pelajar STAR-1 & 2 seri iskandar.

Memang seronok dan tiba-tiba timbul azam untuk menggambil STAR-1.InsyaAllah.