Sudah sebulan melatih pelajar 19 orang pelajar tingkatan 3 dan 3 orang pelajar tingkatan 2 untuk pertandingan bola sepak peringkat daerah yang akan diadakan pada 13 dan 14 April 2009 di SMK Sg.Kruit, Sungkai. Perak.
Teringat masa mula-mula menawarkan diri untuk melatih pada Cikgu Yusuf. Niat asal hanya untuk bermain bersama mereka untuk sekadar mengeluarkan peluh. Bila Cikgu Yusuf benarkan dan berharap membantu, saya tak melepaskan peluang ini. Saya berazam untuk beri yang terbaik.
Selasa depan adalah penentuan pelajar yang confirm wakili sekolah seramai 16 orang bermakna 6 orang akan tersingkir.
2 buah sekolah pasukan ini membuat perlawanan persahabatan. Pertama dengan SMKA Slim River, ini kali pertama pasukan saya bermain di padang yang bersaiz perlawanan. Keyakinan sebelum bermain tidak dikekalkan jadi 6-0 pasukan saya dibantai.
Perlawanan Kedua bersama SMK SLim River. Nampak ada peningkatan beberapa pemain mengikut rombakan posisi dan formasi yang saya fikirkan. ALhamdulillah menjadi.
Minggu depan bermulanya latihan yang lebih keras untuk 'The Best 16'.
Thanx to :
Hj.Rosli::Hj.Yusuf:: Pn.Marhamah
Hafiz::Zakuan::Iqbal
Faizal::Fathul::Hazreq
Faiz::Hafizi::Ridzuan
Joel::Pavi::Nasrudin
Hazman::Wardley::Alif
Rozanne::Zulhelmi::Nabil
Anas::Haziq::Ibn Zakaria
Zafifi::Siva::Amirul
Azuan::Fikri ..............................
Dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak.
Ahlan Wasahlan :: Selamat Datang :: Welcome
Tambahkan informasi dan berkongsi pengalaman bersama saya di sini.
Sunday, April 5, 2009
Tuesday, March 10, 2009
Si Kecil Takutkan Neraka
Ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis,
dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"
Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."
Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."
Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"
Peringatan ini adalah untuk diri saya dan para pembaca. Si kecil yang masih bersih tetapi takutkan neraka padahal tempatnya di syurga. Bagi diri saya yang sedang meningkat umurnya pelbagai kesalahan dan kesilapan telah dilakukan. Moga Allah menerima taubat beserta kesedaran dari saya.
Sunday, March 1, 2009
Peristiwa 'Ikhtilat' - 28 Feb 09
28 Feb 2009 - Temasya Kejohanan Olahraga Tahunan SMKDZM kali ke-43.
Antara majlis @ program yang tidak dapat dilupakan dan menjadi suatu kenangan yang 'ikhtilat' antara manis dan pahit.
Manisnya ;
* Kerjasama guru dan pelajar 'setup' majlis sebelum bermulanya majlis.
* Pelajar dan guru datang dengan muka yang manis2.
* Perjalanan majlis perasmian lancar dan tidak timbul perkara yang tidak diingini berlaku.
* Ada kelibat ibu bapa dan bekas pelajar yang hadir turut bagi sokongan pada para peserta.
* Ahli kawad dari rumah sukan dan organisasi yang kemas, cantik dan bersih.
* Gerai dibuka dan menawarkan produk yang sesuai dan confirm laris spt aiskrim, burger dll.
* Kuartet 4 x 100m lelaki dan perempuan SMKDZM juara bagi acara larian jemputan sekolah-sekolah (MRSM TROLAK, SM.SLIM, SM.TROLAK)
* Persaingan sihat antara peserta acara-acara yang dipertandingkan.
* Acara guru 4 x 50m yang menarik perhatian pelajar-pelajar.
* Semangat juang para peserta dan beberapa petugas pelajar dan guru-guru.(Pujian buat peserta larian yang terjatuh di pertengahan trek, bagun kembali dan meneruskan perlumbaan)
* Para pelajar memberi kerjasama yang baik menjaga kebersihan.
Pahit apabila ;
* Rata-rata peserta lelaki muslim acara pada hari kejohanan memakai seluar pendek.
* Terdapat peserta perempuan dan penonton dari kalangan perempuan yang memakai t shirt berlengan pendek, berfesyen dan ketat. (Padahal sebelum hari kejohanan, pihak sekolah telah mengumumkan etika2 berpakaian para pelajar)
* Terdapat pelajar lelaki 'kantoi' krn memakai rantai leher dan gelang.
* Ketidakpuashati segelintir pelajar tentang keputusan acara tarik tali peringkat akhir.
* Segelintir pelajar melambatkan majlis penyampaian hadiah.(pertengahan kejohanan)
* Terdapat beberapa bantahan terhadap keputusan pelbagai acara tetapi tidak dikemukakan kpd majlis pengadil. Cakap-cakap belakang.
* Pelajar laki dan perempuan bukan muhrim tanpa segan duduk rapat berduaan.
Walaupun senarai 'manis' tu lebih panjang dari 'pahit apabila', namun senarai yang lebih pendek itu lebih membimbangkan dan pelbagai kerja-kerja berat perlu disenaraikan dan dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak. Saya percaya perkara begini bukan sahaja berlaku di tempat saya jadi bukanlah maksud saya untuk memburukkan sesuatu dan memuji sesuatu tetapi hanya sebagai iktibar, pengajaran serta persediaan bagi pembaca.
Perlu disedarkan kepada para pelajar, apabila kebaikan itu menjadi suatu perkara yang pelik dan janggal, keburukan pula menjadi suatu kebanggaan dan tidak dianggap kesalahan maka perlu kita merasa bimbang dan cepat-cepatlah kita bertaubat nasuha dan tambahlah amalan-amalan kebajikan kerana Hari Qiamat sudah menghampiri dan akan tiba bila-bila masa tanpa menunggu sesiapa. Apabila Hari Qiamat tiba, taubat tidak lagi diterima, doa tidak lagi dimakbulkan, kebajikan tidak dikira yang ada ketika itu hanyalah menunggu pembalasan atas perbuatan di dunia.
Wallahualam. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan keredhaanNya, Insyaallah.
Wednesday, February 25, 2009
SMK.Dato' Zulkifli Muhammad, Slim River
Pertama kali mengajar di sekolah ini sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) pada tahun 2008 selama lebih kurang 5 bulan memberi pengalaman yang berharga dan ini adalah pertama kali berhadapan dan mengajar pelajar sekolah menengah. Sekolah ini menjalankan 2 sesi pembelajaran. Tugas pada waktu petang bermula jam 1.10 ptg dan tamat pada 6.30ptg dan saya ditugaskan mengajar kelas tingkatan 2. Ada juga kelas diluar jadual ditugaskan pada saya iaitu subjek Kemahiran Qur'an untuk Kelas Aliran Agama (khas) tingkatan 1,2 dan 3 maka kelas luar jadual ini dijalankan bermula jam 11.00 pagi dan untuk tingkatan 3, dijalankan pada waktu petang iaitu 1.45ptg.
Pengalaman mengajar pelajar khas aliran agama dan bahasa arab ini sedikit berbeza dengan pelajar kelas biasa. Ini mungkin juga kerana pelajar aliran khas ini terpilih dan terbaik. Apa-pun tanggungjawab sebagai guru untuk menyampaikan ilmu Allah ni tak boleh pilih kasih dan juga berpandukan darjat, semua makhluk Allah berhak untuk menuntut ilmu dan mengaplikasikan ilmu pada amalan yang baik seterusnya berkonsisten.
Subjek Pendidikan Islam mudah bagi saya untuk mengajarkan pada para pelajar kerana ianya asas dari ilmu syariah yang telah saya pelajari sebelum ini. Yang menjadi masalahnya ialah untuk menerapkan kesedaran dan keinsafan ke dalam diri pelajar. Pendidikan Islam bukan sekadar subjek yang ditarget A dalam PMR atau SPM tetapi ianya ilmu yang akan menjaga tuannya dengan syarat ilmu itu dipelajari dan difahami dengan baik. Kefahaman pula diintreprestasikan (am i right?) melalui amalan-amalan fardhu dan berterusan mengamalkan amalan sunat serta sentiasa menjaga akhlaknya.
Pelajar sekolah ini pada masa ini boleh dikatakan 'sawa-sawa'. Sama. Mereka sama walaupun berlainan kelas dan peringkat umur. Bukan sahaja sama rajin, aktif di padang, kemas malah mereka sama dalam hal coupling, chit-chat sms, berbahasa kasar dan kurang menghormati guru..perkara yang positif pasti kita gembira melihat dan mendengarnya tapi kalo hal negatif ni sedih kita melihat dan mendengarnya. Jadi, mereka ni 'sawa-sawa'. Mengutuk guru pun sudah menjadi perkara jenaka bagi mereka.
Inilah dikatakan akhir zaman oleh Rasulullahi Sallallahu 'Alaihi Wasallam tentang akhlak dan perangai manusia akhir zaman disamping fitnah yang melata. Hairan juga dengan orang Islam sendiri yang suka kepada gosip-gosip padahal itulah fitnah. Bezanya hanya satu iaitu ditukar istilahnya sahaja. Maksud sama.

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)